KIK OPTIMUS

Kumpulan OPTIMUS dari Unit Fasiliti dan USMB, Pusat Latihan UiTM dengan projek yang kedua iaitu Memudahkan Proses Menguji Alat Pengesan Kebakaran telah memenangi Anugerah Inovasi Teknikal Terbaik buat kali kedua dan Johan Keseluruhan bagi Mini Konvesyen KIK Peringkat Zon Tengah UiTM 2012 di Auditorium 1 dan 2, iLQAM, UiTM Shah Alam pada 3 dan 4 Oktober 2012. Tahniah diucapkan atas kejayaan oleh Kumpulan OPTIMUS yang julung kalinya dicapai. Terima kasih juga diucapkan kepada pengurusan Pusat Latihan UiTM dan semua warga Pusat Latihan UiTM yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tidak lupa juga kepada Kumpulan Q-Cop dari Unit Polis Bantuan, Pusat Latihan UiTM yang telah membuat penampilan pertama dengan projek Mempercepatkan Proses Pengisian Borang Laporan Kejadian Polis Bantuan. Namun projek ini boleh diketengahkan untuk dimanfaat oleh semua kampus (Unit Polis Bantuan) dengan pemantapan sistem berkenaan memandangkan proses masa kini masih secara manual. Tahniah dan Syabas sekali lagi diucapkan.

 

KUMPULAN: OPTIMUS

TARIKH PENUBUHAN: 05 JANUARI 2011

FASILITATOR: EN. MOHD ZAIAFZANIZAM BIN MOHD ZAHID

AHLI: 6 ORANG

1. SHAHRUL AZLIN BIN ABDUL RAZAK  (KETUA)

2. ROSLI ABD MUTTALLIB (SETIAUSAHA)

3. MOHD SHAHARUDDIN BIN OTHMAN

4. MOHD KHAIRUL ANWAR BIN SHAHRIRI WASI

5. ABDUL RAZAK BIN MOHAMMAD HAMID

6. MUHAMAD FAIZAL IZA

 

 

 

 

 

Statistik Pelawat

490986
Hari Ini
Semalam
Bulan Ini
All days
632
535
7664
490986

You are here: Home KIK OPTIMUS