Pengenalan

Pejabat Pendaftar

Pejabat Pendaftar telah diwujudkan oleh UiTM untuk melaksanakan bidang tugas Pendaftar selaras dengan peruntukan Seksyen 21, Akta 173 dan pindaan-pindaanya.

Pelaksanaan bidang tugas ini adalah bagi merealisasi visi,misi dan objektif UiTM melalui pencapaian objektif Pejabat Pendaftar seperti berikut:

  • Menyediakan staf UiTM yang berkelayakan berdasarkan skim-skim perkhidmatan yang berkuatkuasa;
  • Meningkatkan kompetensi staf UiTM melalui latihan dan program pembangunan sumber manusia;
  • Mengurus hal ehwal perkhidmatan staf UiTM selaras dengan dasar dan peraturan UiTM dan Kerajaan Malaysia
  • Menyelenggara rekod pelajar & graduan UiTM yang tepat dan kemaskini;
  • Menyelenggara rekod UiTM yang mudah rujuk;
  • Melaksanakan kawalan keselamatan nyawa dan harta benda di UiTM dan
  • Menyediakan khidmat sokongan UiTM Shah Alam yang mesra pelanggan

 

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM) adalah sebahagian daripada Pejabat Pendaftar UiTM yang berperanan untuk membangunkan sumber manusia universiti. JPbSM menjadi penggerak utama dalam memenuhi objektif kualiti Pejabat Pendaftar yang kedua iaitu meningkatkan kompetensi staf UiTM melalui latihan dan program pembangunan sumber manusia.

Sejajar dengan matlamat untuk melahirkan tenaga kerja dan modal insan yang berkualiti serta berprestasi tinggi, program pembangunan sumber manusia dirangka bagi menepati keperluan dan kehendak Universiti selaras dengan dasar negara.

JPbSM merangkumi empat (04) bahagian seperti berikut :-

  1. Bahagian Biasiswa
  2. Bahagian Latihan
  3. Unit Kompetensi
  4. Institut Latihan Universiti

 

Objektif JPbSM

a. Menyediakan program-program latihan bagi pembangunan dan peningkatan kompetensi staf;
b. Menyediakan peluang-peluang peningkatan kelayakan akademik dan kesarjanaan staf dan Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM;
c. Menyediakan keperluan pembangunan kerjaya dan peperiksaan perkhidmatan staf; dan
d. Menyediakan kemudahan latihan.

 

 

 

 

Statistik Pelawat

490989
Hari Ini
Semalam
Bulan Ini
All days
635
535
7667
490989

You are here: Home ILD PERAK Piagam Pelanggan Maklumat Am Pengenalan