Sejarah

Sejarah Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Perak

Tahun

Peristiwa

1996

- Pusat Latihan UiTM telah beroperasi disebuah kawasan perlombongan peninggalan Malaysian Minning Corporation (MMC) di Kg. Sungai Galah di Daerah Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan pada bulan Disember 1996.
- Kerajaan Negeri Perak telah menawarkan tanah seluas 500 ekar di Lot 4147, Lot 3342 dan Lot 2779 untuk dimajukan sebagai Pusat Latihan UiTM dimana terdapat 26 buah banglo peninggalan syarikat MMC dan sembilan buah daripadanya telah dinaiktaraf sebagai bangunan kediaman, surau dan rumah tetamu. Sementara beberapa buah bangunan lain telah dijadikan Pejabat Pentadbiran, Dewan Seminar dan Dewan Makan.

2011

Pusat Latihan UiTM telah menerima tiga (3) buah bangunan baru hasil daripada projek pembangunan RMK-9 iaitu Bangunan Kediaman Berkembar empat tingkat, sebuah Dewan Bankuet dan sebuah blok Pejabat Pentadbiran & Dewan Seminar. Bangunan-bangunan tersebut telah beroperasi sepenuhnya pada bulan Julai 2011

2014

Pusat Latihan UiTM telah dinaiktaraf dengan penjenamaan semula kepada nama Institut Latihan Universiti pada bulan Januari 2014

2015

Institut Latihan Universiti telah dinaiktaraf dengan penjenamaan semula kepada nama Institut Kepimpinan, Penilaian dan Pembangunan (ILEAD) pada bulan Julai 2015

2016

Institut Kepimpinan, Penilaian dan Pembangunan (ILEAD) telah dinaiktaraf dengan penjenamaan semula kepada nama Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Perak dan berada di bawah pengurusan Penolong Naib Canselor pada bulan Januari 2016

 

Teraju Pengurusan Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Perak

 

 

 

 

 

Statistik Pelawat

927844
Hari Ini
Semalam
Bulan Ini
All days
1289
664
7569
927844

You are here: Home ILD PERAK Sejarah